My Follower

Benda Yang Tak Boleh Tinggal Terpaksa Ditinggalkan



Uwaa..!! Sedihnya sampai takleh tido memikirkan dia.. Macam mana la dia kalau saya dah start keje luar dari kawasan yang dia sendiri takleh nak ikut.. Macam mana dia nak survive tanpa saya..?? Oh my Oh my Star Tortoise, Lala..








Cium sikit..!! Muahh..!!


Uweks, dia terberak.. That's why takde orang nak jaga dia.. Saya cekal hati membeli dia dengan harga RM180, masa tu dia baru 10 bulan.. Kecik lagi.. Sekarang dia dah masuk 4 tahun setengah dah.. Walaupun tumbesaran dia sangat lambat, tapi dia semakin hari semakin cantik macam tuannya..


Lepas dah decide, at last saya bagi pada aunty saya tolong jaga.. Plus dia kan ada kebun sayur2an.. Tak la mati kelaparan sayur si Lala..


Semoga dirimu cepat besar ya, Lala.. Tunggu kepulanganku..!!


Baca lagi..

Tolong Paham Perasaan Saya



Assalamualaikum W.B.T..


Berbalik kepada tajuk di atas, agak2nya siapa la yang akan melemparkan kata2 tak berapa kesat seperti di atas tetapi bisa buat hati saya menangis pilu melihat kependekan akal manusia berfikir..


Tu la, berani buat berani tanggung.. Persoalan untuk u all di luar sana, mana lagi best, ada kawan ke atau teman istimewa..?? Tett..!! Masa dah tamat.. Saya tolong jawab dengan jawapan seikhlas2nya dari saya..


Saya lagi suka berkawan berbanding bercinta.. Nanti takut kecewa lagi.. Kecewa dengan orang yang kita sayang.. But at last there was nothing.. Hanya kata2 manis semata2.. Buat airmata turun jauh mencairkan mascara Lancome saya jak..


Kalau banyak kawan, ke mana2 kita nak pegi, kawan sentiasa dibelakang support kita.. Tapi kes ni bila kita berkawan dengan pakwe orang.. Kata2 ni la yang saya dapat :


1. Tolong la paham perasaan saya..

2. Cuba awak bayangkan kalau awak ada ditempat saya..


Sebagai seorang yang sangat optimis bak kata Razi.. Saya mengambil mudah setiap apa yang berlaku.. Bukan kata lepas tangan atau angkat kaki tau.. Tapi lebih kepada biar perempuan2 ini bertenang sambil melayan lagu2 cintan yang bisa meruntum jiwa mereka supaya berkata hati, "Aku tekad nak break dengan pakwe aku sebab dia ada perempuan lain.."


Padahal hakikat sebenar, perempuan itu HANYA KAWAN pada pakwe dia.. Tiada yang lebih.. Hanya kawan.. At last yang bodohnya siapa..?? Melepaskan pakwe dia yang telah sekian lama bersama..??


Lu pikirlah sendiri..!!!


*Emo sikit ketika menaip.. Nasib baik jak saya tak hentak laptop.. Tapi saya panjang akal.. Laptop ni Papa yang bagi.. Kena la sayang sentiasa..


Baca lagi..

Perempuan Yang Nak Desak BF Dia Kawen, Better Think Twice



Assalamualaikum W.B.T..


Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik saya nak pegi melapor dah.. Yeehaa..!! Nak start keje baru mesti la ada azam baru.. Azam nak kawen lambat.. Itu boleh dikira sebagai azam tak..??


Nak cakap pasal kawen ni.. Ekceli susah gak nak berbincang pasal kawen.. Even saya ni dikategorikan sebagai soramg yang sepatutnya dah kawen tahun ni walaupun takde calon.. Sedih je kan bunyi dia.. Tapi takde siapa tau apa yang saya pikir.. Especially bila nak kaitkan saya dengan seseorang lelaki..


Macam yang diuar2kan oleh kawan saya, Liana.. Dia ni memang suka berpuitis yang bisa buat saya tido nyenyak walaupun dipaksa tido atas lantai sekalipun, saya mampu tido lena bila dia start dengan cerita puitis dan madu2 indah dia..


Kredit untuk dirimu Liana.. Dia penah cerita pasal lelaki2 yang lambat kawen.. Sebab musabab kenapa lelaki nak kawen lambat.. Boleh ke dikatakan nak kawen lambat..?? Ke ada sebab lain kenapa kadanag2 tu kita tengok ada lelaki yang tak kawen lagi.. Sungguh menyedihkan..


Tak percaya, cuba korang layan lagu Cari Jodoh by Wali Band sambil2 baca perenggan yang seterusnya..


-------------------------------


1."Duit belum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin la, hantaran la. Dah tu masa kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!


2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer. Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu...


3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini kalau ada duit, abangku sayang, takde pitis, sayang pun abis!


4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.


5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!


6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.


7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah yang pertama tu, kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga, soal-soal pompuan, belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!


8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je. Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.


9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.


10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.


11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Entah apa yang pompuan dok cari tu!!


12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!


13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!


14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!


15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Hah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.


16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..


17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya? Takkan nak rampas orang punya kot.


18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.


19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.


20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia


------------------------------


Sebab saya taknak kawen lagi.. Erm, pikir banyak la.. Nak berjaya dalam hidup dulu baru pikir pasal kawen dan segala2nya..


Baca lagi..

Jobless..!!



Assalamualaikum W.B.T..


Siap dah semuanya..!! Yeehee..!! Siap dah medical checkup saya.. Semua la.. Pesuruhjaya sumpah.. And officially saya keluar dari tempat keje lama HARI INI.. Saya bukan seorang Pensyarah lagi.. Sebab 8hb November nanti, saya dilantik sebagai PTD.. ^^


Semalam sebelum balik, macam biasa la bila dah nak berpisah dengan student dan kawan2 seopis.. Mesti dapat hadiah.. Banyak sangat.. Sampai rasa nak nangis saya even hakikatnya airmata saya sudah jatuh gugur ke bumi.. OMG..!! Tak thrill la nak berdrama dengan korang kalau sambil2 menaip ni dengar lag Lady Gaga - Just Dance.. Jap tukar lagu.. Bagi mood sedih sikit..


(Jap ye..!!)


Taylor Swift - Love Story.. Better..


Rendah diri ni.. Saya rasa bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.. Semua dokumen yang diminta saya dah print out untuk dibawa masa melapor diri di IKWAS, Kluang nanti.. Papa dengan Mama memang sangat best and very supportive.. Papa dengan Mama nak hantar saya sampai saya masuk INTAN dengan selamatnya.. Pengorbanan yang sukar dicari dari orang lain..


Apa yang saya nak bagitau di sini, adalah satu permintaan..


Doakan yang terbaik untuk saya.. Supaya saya boleh buat yang terbaik dan terbest sekali untuk kerajaan pada masa hadapan..


Untuk K10.. Thanx for the most memorable 3 months..


Sapa K10..?? Hehe..


Baca lagi..

Mummy Takde Keje, Mandikan All Her Teddy

Assalamualaikum W.B.T


Tadi buka2 je facebook, saya nampak gambar yang comel sangat.. Mummy saya rupanya.. Mummy, ibu susu saya time saya kecik.. She's so beautiful.. I love her so much..


Rupanya dia bergotong royong membersihkan rumah.. Kesian gak kat dia sebab dia duduk rumah sorang.. Anak2 sume keje and study kat luar.. Hopefully kalau saya dapat posting PTD di Tampin, Negeri Sembilan.. Dapat la saya teman dia di rumah.. Hope so..
















She hung all the teddy bear like this.. Cute..!!


Baca lagi..