My Follower

280209 : TAGGED BY NANI

Thanx to Miss Lovely a.k.a Rosnani.. Walaupun sy busy yang teramat sangat, sy akan menyempurnakan tag kali ini.. Sungguh sy tak tipu.. Sy sangat2 busy.. Percaya tak? Hehe~

1. Do you think you are hot?
Everyone is HOT.. Especially time marah.. Sy selalu memanas ngan student2 sy.. Suoh buat assignment, COPY AND PASTE.. Suoh buat tutorial, MENIRU.. Masa ada test, MENIRU.. Aarrgghh!!

2. Upload your favourite photo


3. Why do you like this picture?
Sy seorang yang sangat2 suka kasut.. Addicted to it so much.. Sebab bagi sy, kasut salah satu benda yang menggambarkan kita macam mana.. Kasut menbawa kaki melangkah dalam setiap detik hidup kita.. Ye tak?

4. When was the last time you ate pizza?
Untuk yang tak tau lagi, sy memang TAK SUKA MAKAN PIZZA.. Sypun tak ingat bila last sy makan pizza..

5. The last song you listened to..
Putri Iklan by ST12.. Suka sangat lagu ni..

6. What are you doing now besides this?
Siapkan soklan exam, kena hantar esok.. Uwaa~ Help me!!

7. What name you prefer besides yours?
Honestly, AHMAD HELMI.. Miss him so much.. But still family comes first la..

8. People I tag..
I choose to tag no one.. Sebab before ni dah penah tag orang dah..

DONE!!

Baca lagi..

ST12 : PUTRI IKLAN



P/S : Suka sangat ST12 ni.. Lagi satu lagu yang best after PUSPA dan SAAT TERAKHIR..

Baca lagi..

270209 : BOSAN..

Hai sume.. Lama gila sy tak update blog.. Serius, gila2 busy this week.. Nak siapkan soklan exam.. 6 set kena buat.. Dalam seminggu? Huh!! Memang lambat la jawabnya sy hantar..

Semalam dah dapat gaji.. Lagi la semangat nak bekerja tu makin kurang.. Ye la, pikir nak shopping je.. Mana taknya.. Ye tak?

KALAU LA DAPAT KEMBALI KE ZAMAN KANAK2..



Naik mainan ngan Nabila.. Hang out ngan Nabila di Tesco..

Hari ni jalan2 pegi Pengkalan Kubo.. Tempat paling best shopping kalu nak dibandingkan dengan Mid Valley dan Sogo.. Haha~


Walaupun dah bergaji, I buy nothing for myself.. Topup HP je..

P/S : Nak kena jimat2 sekarang.. Ekonomi merundum la katakan..

Baca lagi..

220209 : I'M GETTING MARRIED..


NEXT YEAR??

------------------------------

L.C : Sy nak sambung blaja la..

A.H : Oo, bila tu?

L.C : Next year kot.. Yang penting, bukan dis year la..

A.H : Kat mana nak sambung? UPM?

L.C : Ingat nak sambung je kat UPM.. Tapi parent dah bagi green light kalu nak sambung gi oversea.. Macam best kan.. Plus ble dapat sponsorship dari Masterskill..

A.H : Ok gak tu..

L.C : Tapi orang tu ok tak kalu sy sambung kat oversea? Jauh tu..
<-- statement saja nak bagi dia cuak..

A.H : Kalu orang tu sambung kat oversea, sy kena buat surat la kat majikan sy..
L.C : Surat? Surat apa? Nak sambung belajar sekali ke?

A.H : Surat nak minta posting sebab nak ikut isteri sambung belajar..


Kursus kawen pun tak pegi lagi.. Berangan nak kawen plak.. Apa la..

------------------------------

Teringat cerita seorang student ni.. Dia jumpa Mr Sankar Mani, one of Physiotherapy lecturer di Masterskill.. Nak minta excuses from class on Sunday and Monday ni..

Mr Sankar : Chan2, what is Marriage Course?

Me : Special course for the newly couple before they marry.. Why?

Mr Sankar : My student comes to have my permission.. So that she can skip from my class for 2 days.. When I asked, why 2 days? She said that it is compulsory because she already paid for it..

Me : Supposely that is not a strong reason for her to skip ur classes..

Mr Sankar : I'm afraid if it related to ur religion.. I do not know what to do..

(Kesian Mr Sankar.. Diapun terkejut napa kursus kawen tu tak dibuat time weekend.. Sypun taktau tentang jadual kursus kawen sebab takde pengalaman)

------------------------------

P/S : Tersipu2 malu sy sampai rasa nak tergelak bila dengar dia cakap macam tu.. Dia bagi hint nak kawen ngan sy ke? Eceh2~
Ni yang terasa nak sambung blaja tahun ni gak..

Baca lagi..

210209 : APA YANG BERMULA DENGAN A?


Tag dari Invisible Third Eye.. Thanx a lot..

Rules:
It’s harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

My name starts with the letter A
<--maybe ramai yang taktau nama sy start ngan huruf apa kan?

1. What is your name :
Azlina Chan


2. A four Letter Word :
Awas


3. A boy’s Name :
Afgan

4. A girl’s Name :
Alyssa

5. An occupation :
Astronaut

6. A color :
Aqua blue

7. Something you’ll wear :
Anting2

8. A food :
Ayam Golek

9. Something found in the bathroom :
Air Circulator

10. A place :
Australia

11. A reason for being late :
Accident

12. Something you’d shout :
Adoyai~

13. A movie title :
Alien vs Predator

14. Something you drink :
Avocado juice

15. A musical group :
Adrian Band

16. An animal :
Ayam

17. A street name :
Angkasapuri

18. A type of car :
Avanza

19. The title of a song :
Aku Cinta Padamu by Siti Nurhaliza

20. I am tagging :
Sapa2 yang start namanya dengan B plak.. <--ada ke??

P/S : Jenuh otak memikir apa yang bermula dengan huruf A..

Baca lagi..

200209 : APA HUKUM NGUMPAT DALAM BLOG?

Sakit hati giler tadi.. Tapi sebab isunya sangat2 sensitif, I keep into myself..

Tiba2 terasa macam nak tulis dalam blog about that.. Mengumpat sikit2.. Hehe~

"Apa hukum mengumpat dalam blog?" <-- Ikram mencelah..

"Potong jari!!" <-- Selamba je Emey menjawab..

So, untuk point of view korang.. Sy tanya balik soklan yang sama.. Sebab sy sendiri tak tau apa hukum hakam dia..

-- Apa hukum mengumpat dalam blog? --

P/S : Jawab korang, jangan tak jawab!!

Baca lagi..

190209 : BEFORE THE TEST

Sempat lagi bergamba.. Haha~ Nak tunjuk yang sy pakai BAJU BARU.. Thanx Kak Zu for the kain.. Cantik dan sangat selesa.. Pink kaler gitu..

Mama tolong potong semalam.. Dan macam biasa, I love my Mama.. Hasil kerja tangan dia sangat best.. Thanx Mama.. Baju ni cantik sangat.. Selalunya sy yang jahit sendiri.. <--hebat tak? Tapi sebab sibuk sangat.. Tak sempat nak jahit sendiri..

Hasilnya..


Phewitt!! Cewek sapa la ni? Haha~ Tak nampak sangat bajunya.. Tuan empunya baju plak yang terlebih *pok siring..

*pok siring = over shadow

------------------------------

Jap lagi, jam 10 pagi, nak pegi masuk kelas dah.. Hari ni ada Test 1 EMA 1113 - Mathematics.. Soklan senang je.. Tak susah sangat.. Hopefully diorang dapat jawab dengan jayanya.. Hepi sikit hati lecturer meka ini kalu diorang dapat markah tinggi.. Ye tak?


Kertas soklan.. P&C gitu..

Next week, Test 1 EEC 1113 - Chemistry 1 plak.. Soklan dah siap dah.. Student sekarang masih pening2 pasal subjek ni.. Takutnya.. Terpaksa sy rombak soklan balik ni..

P/S : Hari ni satu kelas je.. Hehe~ Ble relax sikit untuk membaca Lesson Plan untuk minggu depan punya..

Baca lagi..

170209 : SEBULAN BERLALU

Tension betul kebelakangan ni.. Banyak benda kena setelkan.. Masa dah keje ni, masa tu la tiba2 teringat saat masih menganggur.. Nak tido lewatpun, takda sapa peduli.. Bangun lewatpun takda sapa nak marah..

Tapi sejak dah keje ni, sy la insan dalam family sy yang bangun paling awal sekali.. Dan menjadi orang yang terakhir sekali masuk tido.. Arrgghh!!

Apa yang penting, hujung bulan still masyuk!! Yippie~

My first payslip.. Jan 2009.. Kumpul 3 payslips, sy nak beli Kondo.. Haha~

Tiap2 bulan mau menikmati eskem La Cremeria.. Bagi release tension.. Yum~
<-- statement budak yang tak suka eskem, tapi nak makan gak..

Tomato a.k.a Fida penah komen.. Cuba try amik gamba meja sy selepas 3 bulan.. Mesti dah tak serupa.. Sy snap gamba, u all buat penilaian.. Ok tak?

140109


150209


P/S : Supposely sy kena pegi interbiu semalam.. Tapi sy TOLAK.. I love Masterskill so much.. <-- statement ni ble bagi naik gaji sy lagi tak?

Baca lagi..

160209 : TAGGED BY EPOL

Lama dah sy hold tag ni.. Sori Epol.. Ko tau gak kan macam mana busynya diri ini.. Hehe~ Sy sibuk sikit ngan Test dan Final Exam student sy.. Minggu revision weekpun diorang nak sy adakan kelas.. Mesti nak hint soklan la tu.. Hehe~

Berbalik kepada tag ini, menarik sangat.. Sy menggunakan teknik menulis di white board kelas and SNAP!!

1. Your name / User name?


2. Right handed / left handed?


3. Your favorite word to write?


4. Your least word to write?

??? means I love to write anything!!

5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog"


6. Write down the bloggers that you want to tag


P/S : Puas kutuk Epol, tulisan buruk.. At last bila tengok tulisan sy di white board, baru sy tau perasaan student sy bila tengok tulisan sy.. Haha~

Baca lagi..

130209 : H.A.P.P.I.N.E.S.S

Sy belek2 balik majalah Cleo Jan 09 Issue.. Ada something facts yang best untuk kita kongsi bersama.. Ye la, lately sy selalu tension ngan keje.. Takkan la nak tension2.. Nanti urat2 muka naik, cepat berkerut, cepat kedut, cepat la sy tua nanti.. Takutnya..

------------------------------

HAPPINESS BOOSTERS
  • Book in for a massage <-- Sy ada berurut sikit baru2 ni.. Memang agak menenangkan.. "Kak, ko cakap nak pegi spa.. Jom!!"

  • In your car, sing along with a song you love.. SING LOUD <-- Tiap2 pagi, after hantar my Kakak dan my lil bro, sy buka CD, sy buat Konsert AF dalam kete.. Nasib baik kete tinted.. Kalu tak, mesti orang yang lalu sebelahan kete, tertoleh2 nak tengok sapa yang bersuara lunak merdu itu..

  • Buy yourself a bunch of flowers <-- TANAK!! TANAK!! Sy nak minta dari sesiapa yang berkenaan.. V-day comes again.. :)

  • Do a great job on your hair and make up and feel fantastic all day <-- Baru jak potong rambut 2 hari lepas.. Sayang gak at the first time.. Tapi I like my newly hairdo.. *wink* Pasal make-up plak, memang failed sikit.. Sebab tu, sy make-up more naturally.. Student sy lagi power bermake-up dari lecturer meka..

  • Hit your fave cafe for quality me-mochaccino-and-magazine time <-- Erm, kena layan starbucks ke? Tak payah la.. Baca majalah atas katil lagi siok!!

  • Do something nice for someone you love like leaving them an "I miss you" message on their HP <-- Tiap2 hari tak penah miss.. Romantik gak minah sorang ni ye!!
------------------------------

P/S : Mood ok hari ni.. Student dah tak buat hal lagi.. Tak tau la hari lain plak..

Baca lagi..

120209 : TESTING WEBCAM

Hai kowang.. Macam semangat kembali datang bila dapat gelak.. Masa entry ni --> KLIK SINI dibuat, huh!! Tuhan je yang tau betapa tensionnya diri sy.. Mood totolly out.. Sy tak kuar makan langsung..

MyEm0.Com

Tengah2 dok tak kuar makan tu, sy mengedit sikit2 my blog.. Emey, one of my friend at Masterskill tegur sy..

"Buat blog lagi ke? Ni mesti ada ngadu tentang student ni?"

(Alamak!! Macam tau2 je dia ni)

"Aah, tension la Emey.. Eh, ada nama emey plak.."

"Aah la.. Eh, macam mana Chan2 amik gamba tu?" <-- Gambar yang muka sy tension la kunun2 tu..

"Guna webcam kat laptop ni.."

"Wah, nak gak.. Jom amik gambar, nak?"

MyEm0.Com

Masa tu dah diluar waktu bekerja.. So, kami (lecturer2) dengan rasa gila2dan berbesar hati, mengambil gambar sambil berposing sakan.. Hasilnya, TADAA~

TAKE 1!!

TAKE 2!!

TAKE 3!!

* Thanx to them.. From left, Kak Ayu, Emey, Syu (my coordinator) and me (taktau duduk diam kalu bergambar).. At least they make me laugh and keep smile on my moody face..

P/S : Emey oyak, gambar yg last, jangan letak tau.. Tapi sy letak gak.. Haha~

Baca lagi..

110209 : HAPPY 9TH MONTHSARY!!

Sedar tak sedar.. Dah 9 bulan kami bersama.. A.H and L.C.. Ada yang tanya, "Kenapa taknak bagitau je nama btul pakwe ko? Nak gak sorok2 erk?" Eh, suka hati sy la.. Nak bagitau ke tak.. Ye tak? Hehe~ Kalu kat FS (Friendster) pun orang tanya, "Napa album gambar ko ngan pakwe ko di'private'kan? Baik tak payah letak.." Eh, suka hati sy la.. Nak private ke, nak letak ke tak ke..

Tapi untuk kowang (yang baca blog sy), sy mengamalkan sikap telus sikit.. Hehe~ Sebab kowang la yang tau, apa yang sy rasa dan apa yang sy alami sepanjang bersama dengan insan bernama A.H.. Laa, tak puas hati ke? Nak tau gak nama dia? Hah!! Keje mana? <-- Erm, macam la ada orang tanya ye..

Untuk kowang, sy dengan rasa bangganya, menunjukkan jejaka a.k.a lelaki yang bisa menambat hati sy buat kali ke-4 selepas 3 ex-pakwe sy sebelum ni, bersempena dengan Monthsary kami yang ke-9.. <-- Huh!! Statement macam dah kapel 9 tahun plak.. Haha~

+ L.C and A.H +

Nama dia, Ahmad Helmi.. Kami berkenalan pada bulan Mei 2007.. Kenal gitu2 jak time sama2 menjalani Latihan Industri di Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.. Tak penah bertegur langsung.. Dia dengan hidup dia.. Sy dengan hidup sy..

Nak dijadikan cite, satu malam tu, kami terjumpa di bandar Kota Bharu.. Sy ingat lagi, di hadapan Hotel Ansar, Kota Bharu.. Time tu, salah sowang kawan praktikal kami (perempuan) ada masalah sikit.. Jadi sy yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian, dihubungi oleh Wadi (kawan Helmi, merangkap kawan praktikal sy juga) untuk datang malam tu.. Sypun ngan Linda datang untuk membantu.. Time tu pun kami tak bercakap sangat sesama sendiri..

Selepas hampir setahun kami berkawan, kami declare pada 11-05-08.. Masa tu sy masih study di UPM, final year dah.. Dia plak, dah bekerja di Petronas di Sg. Udang, Melaka..

Sy penah gak tanya Helmi, apa yang buat dia suka sy.. Eceh2~

Berdasarkan apa yang Helmi cite pada sy:

"Awak ingat lagi tak? Time awak datang ngan adik awak tu, sy nampak awak.. Tiba2 terdetik di hati sy, "Kalaulah Chan2 ni jadi awek aku, kan best!!" Sy pertama kali tengok awak natural beauty, berT-shirt dan berseluar jeans.. Selalunya nampak awak pakai baju kurung, ayu je pegi LI.. Kira ni Love at The First Sight la.."

Apa yang sedihnya, until now, kami berjumpa baru 2 kali.. Itupun saat dia balik Kelantan sebab dia terlibat dalam kemalangan on de way nak pegi tempat keje.. Terlanggar bab* pada 31-08-08.. Sy masih ingat peristiwa tu..

P/S : I love him so much.. Bila la dia nak balik Kelantan lagi?

Baca lagi..

100209 : AM I EMO?


MOOD TAK OK!!

SAKIT KEPALA..

:(

Sy masuk ke kelas hari ni.. Sy ngajar Kimia 2 jam.. At last, sy terasa bengang bila ada student yg tak tumpukan perhatian.. Ngantuk la.. Bercerita la.. Sakit je hati sy.. <-- Maybe gak sebab Chan2 terlalu berlembut ngan budak2 ni - Emey..

P/S : Layan lagu ST12 lagi best..

Baca lagi..

080209 : KAMI [PART 1]

A.H : I want to ask for something..

L.C : Apa tu?

A.H : Teruk sangat ke sy ni? As a man or as ur bf.. Honestly.. Bgtau je.. Sy accept.. Ok?

------------------------------

Sumenya berpunca bila sy melahirkan rasa tak puas hati.. Ye la, sy dengan tidak sengajanya telah membandingkan dirinya dengan ex-pakwe sy dulu..
  • Kalu dulu, meka2 ini (ex-pakwe) yang selalu mesej and sibuk2 call sy..
  • Tapi sekarang, sy plak sibuk2 mesej dia.. Sibuk2 kol dia..
  • Kalu dulu, meka2 ini yang berusaha keras untuk menambat hati sy..
  • Tapi sekarang, sy plak yg terasa seperti hanya sy seorang saja yang cuba untuk buat yang terbaik dalam hubungan ini..
  • Kalu dulu, sy tak penah mengeluh sebab sy akan dapat selalu dekat ngan meka2 ini..
  • Tapi sekarang, sy mengeluh kenapa setelah sekian lama bersama, jarang sekali dapat berjumpa..
  • Kalu dulu, diri ini sentiasa dihargai dengan limpahan hadiah, pemberian dari meka2 ini..
  • Tapi sekarang, tiada apa yang diberi oleh dia untuk diri ini.. <-- bukan statement nak minta apa2 ye!!
------------------------------

L.C : Maybe faktor geografi (berjauhan) yang menyebabkan sy cepat terasa.. Kesimpulannya, sy perlukan lebih perhatian.. That's all..

(Pas tu, dia tak balas apa2.. Rasanya dia dah tido..) ZzZ~

Esoknya..

A.H : Nak anta bunga la.. Jap erk..

L.C : Oo, ok..

A.H : ----~@

(At least dia cuba untuk buat sy hepi.. Walaupun bunga SMS, sy terima gak..)

P/S : Sume statement diatas, antara sy dan dia.. Takda niat nak menguar2kan hal yang peribadi.. Tapi blog sy kan, suka hati la nak tulis apa.. Ye tak?

Baca lagi..

ST12 : SAAT TERAKHIR



Sy terkena demam ST12 dah sekarang.. Ni sume berpunca dari Epol.. Dia share satu lagu dari band ni, titled P.U.S.P.A (Putuskan Saja Pacarmu).. Dengar punya dengar lagu tu, sy terjatuh cinta sama ni lagu plak.. Enjoy ya!! Sy siap dah ada sume lagu ST12.. Best lagu2 meka ini..

P/S : Lagu ni sedap sangat.. Bisa menitiskan airmata.. Isk~

Baca lagi..

070209 : SEPATAH DUA KATA

Beberapa hari ni, banyak benda yang berlaku yang ble sy jadikan iktibar dalam diri.. Huh!! Mengeluh sy bila benda tu tak baik, sesuatu yang terjadi tanpa diminta..

Ekceli banyak benda nak dikongsi bersama.. Antaranya :
  • Kes sy marah student ponteng kelas.. Thanx kepada sume blogger yg share experience.. Ada yg bagi nasihat berguna.. Thanx a lot~
  • Perselisihan faham antara diri ini dengan my parents.. Sori Papa and Mama.. Tapi sume dah kembali ok.. Ye tak? <--- takla berat sangat masalahnya..
  • Ada yang nak kawen dalam masa terdekat ni.. Tahniah untuk u all..
  • Tapi ada gak yang tak jadi kawen.. <--- sedih gak dengar bila ada yg terjadi macam ni..

Sy plak.. Macam ni je la.. Keje dan terus bekerja..

P/S : Dah kena cakap leklok sikit coz my students ada yang membaca blog ni.. Haha~ Kiranya ada silent readers la.. I know u read this..

UPDATE!!! Bukan sy yang bagi URL sesedap rasa kat my student.. Diorang tau dengan meng'access' internet.. So, kena paham statement ni ye!! <-- macam marah ke? takde la..

Baca lagi..

040209 : BUDAK2 SEKARANG!!

Wah, tak sangka entry kali ni menjejak ke angka 100.. Yippie!! Dah banyak rupanya diri ini membebel kepada u all..

------------------------------

-- My Desire --

Kali ni nak berkongsi cite.. Agak menyeramkan gak la.. Ble dikatakan kesinambungan dari entry sebelum ni.. Kalu taktau, ble KLIK SINI..

Ada la, sorang lecturer macam sy gak, kawan sy sorang ni.. Cian dia.. Semalam kete dia kena scratch oleh student.. Napa? Sebab student tu kena marah dalam kelas.. Ada la sebabnya napa dia kena marah.. Tapi untuk membalas dendam, kete lecturer tu yang jadi mangsa.. Dah la kete baru.. MyVi pulak tu.. Kejam gila.. Dan BERANI gila dia buat macam tu..

Dan yang paling mengejutkan, student tu pompuan.. Adey!!

------------------------------

Sy marah kat 3 student sy tu, diorang dah minta maaf.. Hopefully takde la kes macam ni terjadi lagi.. Kalu ada student scratch kete sy, konfem kena marah Mama sy sebab sekarang pegi keje, pinjam kete Mama.. Takde kete sendiri lagi..

P/S : Rancang nak memiliki kete sendiri kelak.. Apa pilihan kowang untuk sy? :)

Baca lagi..

020209 : AKU MARAH, AKU NANGIS!!


Hari ni memang memeranjatkan!!

Kerana student tak masuk kelas, sy jadi sangat2 marah lalu MENEMPIK, BERTERIAKAN macam orang hilang arah.. Pas abis kelas, balik ke meja sy, sy nangis sebab sakit dada.. Perit rasanya..

------------------------------

Alkisahnya bermula bila sy ada kelas Math petang tadi, jam 2 - 3 petang.. Kelas hari ni sejam je.. Even silibus dah abis, sy dah bagitau meka2 yang sy akan buat revision utk topik yang lepas2..

Sy masuk kelas 215 petang as requested by them sebab nak solat Zohor dulu.. TAK KISAH!!

215 petang - Sy masuk kelas.. Kelas lengang semacam je.. Student ada 24 orang tapi macam ada 10 orang je.. TAK KISAH!!

Pas buat revision sume, sy amik attendance list.. Terpampang la 6 tempat kosong yang tidak bersign.. Sypun tanya la..

"Mas-- mana? Tak datang ke?"

"Dia demam"

"Nanti suoh dia bg sy MC ye! As-- takde kan? Dia dah jumpa sy before this yg dia migraine.. Erm, Sha-- mana?"

"Dia pun sakit.."

"Erm, ok.."

TAK KISAH!!

-- Nama terpaksa disensored untuk menjaga privacy meka2 ini --

------------------------------

Yang sy berang tu.. Bila ada 3 orang makhluk Tuhan yang paling tak seksi ni dah berkali2 escape my class..

"3 orang ni, mana?"

"Diorang ada di computer lab"

"Napa diorang tak masuk kelas sy?"

"Diorang memang macam tu Miss.. Kelas lain pun diorang selalu kuar2 macam tu"

"Az--, tolong panggil kawan kamu 3 orang tu, suoh masuk skrg jugak"

------------------------------

245 petang - Az-- masuk semula ke kelas..

"Hah, mana kawan kamu tu?"

"Diorang cakap diorang malas nak masuk sebab kelas dah nak abis"

(Sypun tanpa berfikir panjang, kuar dari kelas terus meluru ke Lab Computer)

------------------------------

Terserempak ngan salah seorang dari meka di tandas lelaki..

"Iz--, napa kamu tak masuk kelas sy?"

"Eh, sy ingatkan kelas Miss start jam 3 petang"

"Ni dah masuk 13 minggu dah kan? Takkan kamu tak tau kelas jam berapa? Sy nak kamu bertiga masuk ke kelas sy skrg jugak!!"

------------------------------

Maka, tercetus la gunung berapi seketika.. Yang tak bersalahpun terkena tempias kemarahan dan kebengangan sy.. Memang menyakitkan hati..

At last, masing2 jumpa sy dan minta maaf.. Itupun selepas sy gertak akan gantungkan Test 2 meka pada hari Rabu ni.. Sy siap kuarantin meka2 ini dalam kelas tu selama sejam, sampai jam 4 petang tadi.. Nak sangat kan kelas start jam 3.. Sapa suruh!!

Moral of the story : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

P/S : First time sy marah2 student.. Sy syg kat diorang ekceli.. Cian la sebab diorang ada minat nak belajar tapi sebab malas punya pasal..

Baca lagi..

010209 : BUNTU??


Buat sesiapa yang tak tau lagi.. Sy dengan rasa berbangga menyatakan sy sua bekerja dengan Masterskill (M) Sdn. Bhd. sebagai Junior Lecturer Environmental Health di Masterskill College of Nursing Health, Kota Bharu dalam masa sebulan..

Tapi seminggu yang lepas, sy mendapat tawaran interbiu untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred N41 bagi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) under Kementerian Perumahan.. (Kiranya keje kerajaan la ni)

Sy telah memilih untuk menolak tawaran tersebut.. Walaupun kawan2 kat tempat keje semangat giler suoh sy pegi interbiu tu.. Tapi sy ada alasan tersendiri..

Atas beberapa sebab:
1. Sy memang dah tetapkan hati untuk terus berkhidmat ngan Masterskill until I further my study in Masters or maybe P.H.D.. (Sebab Masterskill ble taja) *wink*

2. Masterskill dekat je ngan rumah.. Kalu keje tempat lain belum tentu dapat duk dalam Kelantan gak.. Inikan pula dekat ngan umah.. (Ekceli tak kisah kalu kena jauh2.. Tapi still nak duk Kelantan gak..)

3. Gaji dah ok dah.. Berbaloi ngan keje sy.. Plus duk Kelantan ni, kos hidup tak tinggi mana.. Sebab tu sy ble bershopping sakan walaupun sy bukan kaki shopping.. <--- I'm-shopaholic statement..

4. Sy sangat suka education sector even my certificate tidak tercatit dan menyatakan bahawa sy seorang pendidik..

5. Yang paling penting!! I love my students..

Interbiu itu akan dijalankan pada 16 Februari ini.. Apa pendapat kowang yang kowang rasa mampu mengubah the way i'm thinking?

P/S : Sy dah rasa ada chemistry keje ngan Masterskill, plus they treat me best sangat..

Baca lagi..