My Follower

300409 : KETENANGAN


Now makin busy, dan bertambah2 lagi busy bila ada intake baru this week..

Sy terlibat again dalam registration new student.. Then, petangnya buat replacement class..

So that my student can prepare and do some revision..

Student macam cool and steady je.. Tapi sy yang menggelabah sesangat..



"U all must do your best tau.. Or else sy kena buang keje"

"Ye ke Miss?"



:)


Sy tau mereka sayang sy..


Kat opis sekarang makin genting la.. Ramai yang tanya, sy sakit ke? Menakutkan btul soklan2 itu.. Ada gak yang nampak macam sy ni pucat lesu je.. (Wei, sy memang putih la..)


P/S : Nice kan gamba kat atas tu.. Nampak tenang walaupun suam2 kuku..

Baca lagi..

270409 : PEDULIK HAPA!!

My birthday 23rd dah la.. Bukan 22nd.. Mau maintain muda punya pasal..


Baru sy perasan ni, sy tak bagitau kowang lagi pasal my betday celebration.. This year meriah sikit la sebab sy dah ada student.. Hehe~ Plus duduk umah lagi.. Makan minum memang ditaja sepenuhnya.. Dinner malam tu ditaja oleh Faris, Falmezan, Azlina, Yati dan Natrah.. Thanx a lot.. Excited giler diorang ni nak bawa sy kuar makan.. <--- Ni mesti nak markah lebih ni kan?


Tapi sy update ngan pic2 la ye.. Lagi menarik.. Ye tak? Sori la, gamba tak terang sangat.. Guna HP je.. Hehe~


Kek comel dan sedapp!! Yum2~


Sesi pemotongan kek..

Hadiah dari student2 sy.. Banyak kan?


Ni plak dari my family.. Nice kan?


Dalam2 dah tua ni, sy rasa makin lama makin cepat marah la.. Bukan saja student jadi mangsa tapi kepada someone yang datang tiba2 dalam my blog, then komen tak tentu pasal..


Buat sakit jiwa memikir.. Tapi sy still mau pikir gak.. Pedulik hapa!!


Cuba kowang baca entry ni.. Sori la kalu sy berbahasa kasar.. KLIK SINI ya.. Then cuba kowang baca entry ni sehingga ke ceruk2 komen yang dihantar oleh pengomen2 yang budiman dan yang kurang berpengetahuan..


Anonymous said...

masterskill sucks ok????? most of their grads semua sengal and have no common sense at work!!!!!

Lina Chan said...

well, if u tak sengal, why comment as anonymous?
takut ke?

ni mesti ko kes jeles kan?
IPTA dan IPTS mmg la takleh nak bandingkan..
at least they try nak sambung blaja..
tak mcm certain org tu.. yg tau mengomen je, tp otak hampehh giler..

kalu blaja tinggipun tp bodoh melantun2, tak ok gak..


Jangan berlagak sangat wei.. Graduan IPTA pun ada yang masih menganggur lagi.. Mana la tau, anak anda pada masa hadapan tak dapat masuk IPTA.. Then terpaksa masuk IPTS.. Macam mana? Kena2 plak, takde pilihan.. Masuk Masterskill.. Haha~ Itu bezanya IPTS ngan IPTA kalu anda nak tau..


Banyak gak la situasi macam ni yang sy selalu jumpa..


Baru2 ni, pegi ke sebuah bank di Kota Bharu sebab nak buka ASB..

Perempuan itu : Keje dah ke?
Perempuan ini : Dah keje dah.. Baru je 4 bulan..
Perempuan itu : Keje mana?
Perempuan ini : Kat Masterskill..
Perempuan itu : Ngajar ke? wah, muda2 dah jadi lecturer..


P/S : Kepada Anonymous, berfikir sebelum mengomen.. Tak takut kena ISA ke?

Baca lagi..

260409 : SE'STRONG' MANAPUN NEIL ARMSTRONG, STRONG LAGI DIRIKU..

Sy tertarik, terkedupun ada bila baca entry dari sahabat baikku ini, Alwani Amalini.. Dia menyentuh perasaan sy.. Menyebabkan hati ini terasa hujan timpa secara tiba-tiba.. Hujan hati tiada siapa yang tau.. Kan?



Chewahh~ Ayat2 gituw.. Ekceli memang tersentuh la.. Kowang tak caya, cuba u all baca entry ni.. KLIK SINI.. Then kowang cuba hayati tiap bibit2 katta yang dilafazkan.. Pas tu kan, try klik comment.. Kat situ, kowang ble mengomen gak.. Plus kowang akan terbaca komen dari diriku yang berbunyi seperti di bawah:

------------------------------
wani~ try be strong ya..
ko dah hampir 2 tahun br jumpa not more than 20 times? 19 times ye?
:)

kalu nak dibandingkan dengan sy, rasanya la kan, sy lagi kuat ni..
2 minggu lagi nak genap setahun kami bersama..

tp nak tau berapa kali kami berjumpa?


2 kali je..


itupun tahun lepas time tu dia eksiden then br ble balik hometown..
bayangkan la mcm mana perasaan sy bila nak sangat jumpa dia,
but at last jumpa dia dengan badan calar balar sana sini..

isk~ sedihnya cite ni..


rasa nak buat entry la plak..
sori sebab komen panjang gila..
apa yang penting, bukan kerjasama..

tp keserasian dalam perhubungan and u r right..

saling mempercayai itu sangat2 penting dr kerjasama..


:)

------------------------------


Apapun wani and untuk kowang yang menghadapai situasi sebegini, perempuan jangan cepat melatah sebab kadang2 apa yang kita fikir ble memburukkan lagi keadaan.. I try to learn from my mistakes after baca artikel di bawah:


6 KESALAHAN BESAR DILAKUKAN SEMASA BERPACARAN
(Kredit to Utusan 13 April 2009)
  1. Terlalu kerap bertemu janji..
  2. Keluar bersama teman2 wanita dengan harapan akan bertemu lelaki pujaan..
  3. Wanita selalu beranggapan seorang lelaki akan menyukai mereka setelah si dia mula mengenali diri mereka..
  4. Terlalu bercerita dan berkongsi mengenai temu janji dengan kawan2..
  5. Tidak membenarkan lelaki bercakap..
  6. Lupa menjaga tingkah laku dan adab sopan..

P/S : If he really loves me, he will call me.. *wink*


Baca lagi..

250409 : BODYKU SEHEBAT BRITNEY SPEARS..

Tak penah orang puji sy sebegini.. Thanx Bang Chiq.. Adik sy ni baru balik dari matrik N9.. Baru je abis blaja.. Lama dia tak jumpa sy sejak dia blaja kat situ..


Tadi lepas balik dari kuar makan...

Bang Chiq : Eh, bang chiq tengok body ko ni macam Britney Spears la..

(Sypun terbayang dengan perasannya...)

Wow, cantiknya bodyku.. Wow~ Tak penah orang puji sebegini..


Bang Chiq : Eh, jangan nak perasan.. Body ko macam Britney baru lepas beranak..

(Hah??)

Alala~ Hampehh sungguh..


P/S : Baru je nak berangan..


Baca lagi..

220409 : SORI, SY DAH ADA ORANG LAIN!!

Semalam (21-04-09)

LC : Syg, sy tido dulu ya.. Gud nite.. Esok tlg kejutkan sy tau, jam 6, macam biasa.. Miss u..


Sy send mesej tu lepas sy try kol dia 2 kali, tapi tak berjawab.. Hampir seminggu kami tidak berhubung sesama sendiri.. Bukan sebab gaduh atau apa, tapi sebab masing2 komited dan terikat dengan kerja <--- Chewahh!! Ayat poyos tu..


Hari ni (22-04-09)

Jam 6 pagi..

A.H calling...


AH : Bangun dah? Jangan tido balik tau..

LC : Bangun dah.. Syg, napa payah nak kontek skrg? Sibuk erk?

AH : Takpe, nanti kita bincang bout it.. Ok? Dah2, gi mandi, bersiap..

LC : Oo, ok.. Take care dear..


To be honest, sy terasa something will happen bila dia cakap nak bincang sesuatu.. Takutnya.. Kot2 la, dia cakap something yang sy taknak dengar..


AH : Syg, sori.. SY DAH ADA ORANG LAIN..


Arrgghh!! Tidakk....


P/S : Suka btul pikir yang bukan2..

Baca lagi..

200409 : BEST WOK!!

Best la, baru2 ni berpeluang bawa student sy pegi loji rawatan air.. Memang tak menang tangan betul la nak bergamba.. Hehe~

Selain bergamba ngan student2, sy explain gak la pasal water treatment process.. Sonok la dapat jalan2, walaupun time tu panas mencucuk2 kepala..

See!! Sy tak tipu punya.. Sy memang hot and gojes lecturer.. Dikelilingi my heroes.. Haha~

Again? Bergamba lagi dengan my student..

Giliran perempuan plak..

Bergamba lagi sementara menanti bas datang..

EH's Family portrait..

Macam mana la ramai orang tak caya sy ni lecturer.. Hehe~ Sekali tengok macam sy ni student gak.. Nasib baik that day pakai baju biru.. Kalu pakai baju putih, mesti macam student dah..

Sy ingat lagi, ada sorang perempuan tegur sy, ingatkan sy ni ketua kelas.. Haha~ Rupa2nya lecturer, muda2 dah jadi lecturer..

Biar la ramai yang kata apa, yang penting, sy lulus interbiu dan dah di hire oleh Masterskill untuk jadi lecturer.. Nak masuk empat bulan dah ni..

------------------------------

TRIVIA TIME!!

Cuba teka, berapa umo kedua2 student sy ni?

(a)


(b)

Diorang sibuk nak ngorat sy tu.. Haha~

P/S : Sapa teka betul, sy belanja eskem..

Baca lagi..

190409 : DETIK MENCEMASKAN

So long time tak cerita sumting bout A.H kan? Semalam kan, sy telah mengalami satu perasaan emosi yang terlalu sedih.. Sangat2 sedih..
...
...
...

MyEm0.com

Macam mana nak start ye? Before that, kalu ada yang rasa taknak baca dah entry kali ni, maybe sebab terlalu personal for me.. Tapi sy nak kongsi sikit ngan korang.. Sikit je..

Sebelum tu, sy tak salahkan dirinya ngan maybe gak salah diri ini.. Mulanya macam ni, lately dia macam sangat2 la busy.. Sampai 5 hari kami lost kontek (seketika je).. Adui.. Peritnya memang terasa yang amat sangat la.. Maybe fitrah bercinta kan? sy mesej, dia tak balas.. sy kol dia tak angkat..

Semalam sy bermesej ngan kawan sy sorang ni.. Dipendekkan cerita...

"Dia sibuk pun bukan untuk orang lain, untuk korang berdua gak nanti.. Jangan la pikir yang bukan2 ye"

Sy amik nasihat dia tu.. Betul gak kot katanya..

Tapi sepanjang tak berhubung dengan dirinya, rasa macam pelik la.. Macam ada sumting yang berlaku.. Macam2 la yang lalu lalang dalam fikiran sy ni..

"Entah2 dia dah ada orang lain kot"

"Entah2 dia balik Kelantan tapi taknak bagitau sy"

"Maybe dia dah nak let me go"

MyEm0.com

Oo, tidaakk!!

P/S : Hopefully dia kol me back bila dia tengok HP dia yang maybe dah beepuluh2 miskol dari sy..

Baca lagi..

180409 : TERUJA NI..

Hai kowang.. Sy di KL ni.. Update sikit la..

Semalam, kakak bagitau, "Baby, result PTD dah kuar"..

Excited ni mau check.. Hehe~

Sy key in my ID.. Then klik "Hantar"

Tau apa yang keluar?

ANDA LULUS DALAM PEPERIKSAAN INI YANG DIADAKAN PADA 21 FEBRUARI 2009

P/S : Ramai gak kawan sy yang lulus.. Tapi kat tempat keje, sy je lulus.. Wish me luck ya!!

Baca lagi..

060409 : 060486 - 0134 petang..

Tahun 1986, sy lahir jam 1.34 petang.. Tak sangka tahun ni dah 2009.. Means umo sy bertambah setahun lagi..

22 + 1 = 23 TAHUN!!!

Uwaa, tua dah diri ni.. Tapi still maintain muda tau.. Haha~

Thanx to all yang wish.. Tahun ni lagi banyak mesej yang sy kena baca.. Bertambah2 sebab adanya student2 sy dari pelbagai batch.. Thanx kowang..

--- Faris, Intan Si Kecik, Falmezan (Lelaki Melayu Terakhir), Aida Fathma (Sweet je dia ni), Ayatullah a.k.a Aya-Chan + Aisyah, Aziela, Mazurah a.k.a Uya, Shafiza Akma + Amin, Yana + Qhalik, Fameiza (Musuh Tapi Mesra), Rifatin, Zunaidah a.k.a Kak Ti, Yus + Sapik, Amalia and her sis, Rosila, Dayah a.k.a Dayah Hamka, Amalina, Raja dan ramai lagi yang wish.. Thanx a lot.. ---

Kawan2 setempat keje, Syu (best kan kita melantak malam tadi? Hehe..), Shida, Emey, Kak Nor, Kak Linda (takde adiah untuk sy ke?), Kak Suzi, Kak Ton, Kak Da dan sume la.. Thanx a lot.. Esp untuk Mr Naresh.. Hehe~ Encem oo dia..

Dari kawan2 lama, Nor, Wani dan Anis.. Thanx a lot sebab masih ingat betday sy hari ni.. Walaupun kita dah jarang jumpa, but still ble kontek2 each other kan.. To Abg Paan, Zunizam, Kak Bun (my kazen).. Thanx gak sebab mengingati my betday..

Special dedicated to my family, yang give me 'SURPRISE'.. Cantik btul bunga tu.. Thanx a lot.. Papa, Mama, Abang (kol malam tadi kan, MU menang 3-2 wei), Kakak (Thanx sebab planning to deliver this flower).. Linda, Bang Chiq (Thanx sebab ajak kengkawan sing a betday song for me) dan last sekali Ali (dia takde HP nak wish tapi sy tau dia ingat betday sy selalu).. Love u all my family.. Thanx mama sebab dah 23 tahun baby hidup.. Cukup makan, cukup pakai, cukup segala2nya..

Untuk pakweku a.k.a A.H.. Thanx sebab still wish even sibuk keje that night.. Pas tu siap sy merajuk la kunun2nya sebab dia lambat 5 minit untuk wish sy.. Haha~ Saja je tu.. Taktik.. Nanti sy nak hadiah, mau yang besar2 saja ye!!

Dan untuk sume online buddies.. Thanx gak sebab ada yang wish sy tu, tak tersempat nak mereply all the messages..

OK, DONE!!! Back to work..

Baca lagi..

010409 : BERMULANYA BULAN APRIL, MENYAKITKAN JIWA DAN RAGA

Hai kowang.. Apa nak cite ari ni erk.. Awal lagi ni.. Baru jam 830 pagi.. Ari ni kelas sy jam 2 ptg.. So, ble la relax2 dulu..

Tapi kan kowang, punya la sy sakit hati awal2 pagi tadi datang keje.. Sesampai tempat keje, PARKING DAH PENUH!! Adui, geramnya.. Dah la penuh, slalunya ble je kalu nak double parking, tapi ada la sebuah kete yang bajet kete dia mahal, parking macam bapak dia punya parking.. Sakitnya hati..

Memang mahalpun kete dia.. <-- kete Suzuki Swift tu.. Tapi kalu nak compare ngan kete TOYOTA PRADO yang sy bawak, mana lagi mahal? Banglo bergerak tu.. Haha~ Ni la yang buat sy bengang awal2 hari mula bekerja ni.. Bukan niat nak riak, tapi sendiri mau pikir la.. Bukan ko sorang je ada kete..

Tapi sian gak ngan dia, masuk2 opis, tak pasal2 kena sindir depan2.. Kalu dia datang lewat, tau plak nak komplen the way orang lain parking, tapi bila ko tak pandai parking, dok la nyusahkan orang, it's better esok ko datang keje naik bas la wei!! Sy kadang2 pelik la dengan orang2 ni.. Tak tau nak bertimbang rasa.. Parking kete banyak, tapi disebabkan tak pandai parking, sampai makan dua kotak <-- macam la ko tu bawak lori.. Sapa tak sakit hati kan?

Nak jerit sikit, ARRGGHH!! TENSION LA WEI.. PARKING LA BETUL2..

P/S : Hidup kalu ble jangan menyusahkan orang.. Tak pasal2 ada yang bercalar kete kang..

Baca lagi..